Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

1/10/2010

LUASNYA NERAKA

Yazid Ar-Raqasyi dari Anas bin malik r.a berkata: "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya."
Maka ditanya oleh Nabi SAW: " Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api Neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan kepadaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi SAW bertanya: " Apakah pintu-pintunya seperti pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak". Tetapi ianya selalu terbuka setengahnya di bawah dari lain-lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap-tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda, "(lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW " Pintu yang terbawah untuk orang-orang yang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa as serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga, tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat,tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.
Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam, tempat orang nasara bernama Saeir."
Kemudian Jibrail as diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatnya yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail as meletakkan kepada Nabi SAW dipangkuannya sehingga sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya:"Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat,baginda selalu menangis dan memohon kepada Allah SWT.
Dari Hadis Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa Neraka Jahannam Ku it:
1. Neraka Jahannam itu mempunyai 7 tingkat.
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang
hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.
Firman Allah SWT yan bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkan kepada malaikat di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." ( Surah al-Baqarah :159)
Berikut adalah nama-nama Syurga dan Neraka untuk pengetahuan kita bersama.
Nama-nama Syurga:
1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'im
4. Syurga Ma'wa
5. Syurga Darussalam
6. Syurga Daarul Muaqaamah
7. Syurga Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Nama-nama Neraka:

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'ir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Huthomah

No comments:

Post a Comment

Iqra' Asmaul Husna

Followers