Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

1/14/2010

KEBERKATAN SURAH YASIN


Segala puji bagi Alah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya hanya Allah SWT yang maha mengetahui dari apa yang tidak diketahui.
Berikut ini merupakan makna dan keberkatan surah Yasin yang manfaat ayatnya untuk keselamatan, kesenangan dan juga kesejahteraan.

Ayat 1-9
: Untuk keselamatan diri

Ayat 9
: Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir. Lindungi rumah
dari pencuri, baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. Lindungi diri dari
dianiyai. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur.
Caranya: Baca Ayat 9, Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali setiap surah
dan ayat Qudsi.

Ayat 12
: Merupakan Jantung Yasin. Rasulullah SAW berharap ayat ini dihafal
oleh setiap mukmin.
Ayat 13-35:Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22-23:Untuk menjaga akidah. Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29: Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29: Untuk digunakan jika kita merasakan ada orang memfitnah atau menganiaya
kita.Lebih afdal selepas membacanya disemburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30: Untuk keinsafan. Supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT ( harus
sentiasa berada di hati, beramal dengannya.)

No comments:

Post a Comment

Iqra' Asmaul Husna

Followers