Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

5/10/2011

SIAPA KAH KITA? SEDAR LAH BAHAWA KEJADIAN KITA HANYA DR SETITIK AIR MANI SAHAJA

Keajaiban CiptaanNya..

ALAM RAHIM (Alam kandungan)
Marilah kita sama-sama perhatikan kebesaran
ciptaan Allah, bagaimana kejadian manusia pada
Alam Ramim. Terdapat banyak ayat Al-Qur'an
berhubung dengan Alam Rahim yang difirmankan
oleh Allah diantaranya seperti berikut:-
Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan,
ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan
kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang
orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat
penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami
tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik
yang berkuasa menentukan dan melakukan
tiap-tiap sesuatu.Dalam surah Al-Mu'minun,juz
kelapan belas ayat
12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah
menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah.
(Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang
berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang
tumbuh
di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis
air benih
(air mani), pada tempat penetapan yang kukuh.
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi
sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku
itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan
daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian
Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang,
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi
makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya
yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.
Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala
berfirman.Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk
rupa kamu
dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang
dikehendakiNya.
Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah
Ta'ala berfirman:
Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan
mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari
(setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami
sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya)
maka dengan
tidak semena-mena menjadilah ia seorang
pembantah
yang terang jelas bantahannya (mengenai
kekuasaan
Kami menghidupkan semula orang-orang
yang mati),
Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat
7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud:
Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui
perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan
sebaik-baik
ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia)
dan
dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat
(Thin).
Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu
dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang
sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan
kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya
dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran
serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi
amatlah sedikit kamu bersyukur.
Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Dan Dia lah yang mencipta kamu dari
diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan
tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi),
dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur).
Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran
(Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti
(secara mendalam).
Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.
Yang bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya
kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan
makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka
(perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia)
kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu
dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian
dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul
daging yang disempurnakan kejadiannya dan
yang tidak
disempurnakan;
(Kami jadikan secara
yang demikian)
kerana Kami hendak
menerangkan
kepada kamu
(kekuasaan Kami); dan
Kami pula
menetapkan dalam
kandungan rahim
(ibu yang
mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan
hingga
ke suatu masa yang ditentukan
lahirnya;
kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa
kanak-kanak;
kemudian (kamu dipelihara) hingga
sampai ke
peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu)
ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil
atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan
umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak
mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya
dahulu.
Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat
bumi itu kering,
kemudian apabila Kami menurunkan
hujan
menimpanya,
bergeraklah tanahnya (dengan
tumbuh
-tumbuhan
yang
merecup tumbuh), dan gembur
membusutlah ia,
serta ia pula menumbuhkan
berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin
Malik r.a katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda:
Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat
berkata:
Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah
beberapa
ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan!
Ia sudah berupa
darah beku. Begitu juga setelah
berlalu empat puluh
hari Malaikat berkata lagi:
Wahai Tuhan! Ia sudah berupa
seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan
untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata:
Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan?
Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta
bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa
dalam perut ibunya lagi Dengan ayat-ayat dan hadis diatas
yakinlah Allah itu Maha Pencipta
Menurut Profesor Moore untuk mengkaji ayat-ayat Al-Quran
dan hadis-hadis Nabi, beliau berasa takjub. Beliau berasa pelik
bagaimana Nabi Muhammad (S.A.W) , pada empatbelas kurun
yang lalu, mampu menerangkan mengenai embrio dan tahap-tahap perkembangannya dengan terperinci dan tepat sekali sedangkan
ianya hanya ditemui oleh ahli sains sejak tiga puluh tahun lalu
sahaja. Ketakjuban beliau bertukar menjadi penghormatan
terhadap ayat-ayat tersebut. Beliau memberikan pandangan ini
kepada rakan-rakan intelek dan kelompok saintifiknya. Malahan
beliau memberikan syarahan di atas topik keserasian di antara
kajian embrio moden dengan Al-Quran dan Sunnah dimana beliau
berkata:
Saya berbesar hati untuk membantu menerangkan kenyataan-kenyataan
dari Al-Quran mengenai kejadian manusia. Jelas bagi saya bahawa
kenyataan-kenyataan ini diberikan kepada Muhammad dari Allah
(S.A.W), atau Tuhan, oleh kerana kesemua ilmu-ilmu ini tidak ditemui
sehingga beberapa kurun selepas beliau. Ini membuktikan kepada saya
Muhammad ialah seorang Rasul Allah (S.A.W).
Lazimnya, sesudah memikirkan segala kejadian alam semesta dan
keagungan Allah yang menciptakannya, akhirnya kita akan kembali
memikirkan kejadian diri kita sendiri. Kita tercipta daripada ibu bapa
kita dan sekiranya ibu bapa tiada atau salah seorangnya tiada, tentu
sahaja kita tidak mungkin dilahirkan ke dunia ini.
Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak
pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan
ke dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita
tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta
yang luas ini. Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal
manisnya gula, lazatnya makanan dan hidangan. Kita juga tentunya
tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya
saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.

Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah
dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai
warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang
yang menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati
pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah
dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada
semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat
menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah
lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar
yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya
menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada
Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah
memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan
petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta
kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.
credit to : http://scienceandislam.tripod.com/imej/keajaiban_kejadian_
manusia.htm

Iqra' Asmaul Husna

Followers