Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya
mempunyai identiti yang tersendiri dan
berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan
akidah Islam, pelaksanaan ibadah,
muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam
tidak boleh sama dan serupa
dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh
mencampur adukkan akidah dan
peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah
dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadat secara
kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu agama kamu, dan
bagi aku agamaku.”(al-Kafirun ayat 1-6)
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :
Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara
yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan
meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama
sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana
perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur
ritual dan kepercayaan agama Kristian serta
amalannya yang bercampur baur dengan maksiat.
Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih
sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada
hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan
satu proses yang berpanjangan dan berterusan
sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
No comments:
Post a Comment