Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

6/15/2011

Solat Gerhana Bulan - 14 Rejab 1432H bersamaan 16 Jun 2011

Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan
bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula
dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 1:25 pagi
seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh berlakunya
keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.

Pada waktu ini umat islam sangat digalakkan untuk menunaikan
Solat Sunat Gerhana Bulan sebanyak 2 rakaat atau ia juga
di panggil Solat Khusuf.Kalau dilakukan secara berjamaah
lagi banyak ganjarannya
sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berseorangan atau berjemaah dan
berikut:

a. Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat Kedua

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda
daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana
pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula
kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka
bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)"

Jom la kita solat ramai2! sbb ia hanya berlaku sekali dalam
seumur hidup.Ia adalah sebagai tanda bahawa betapa kita
sebagai hamba sangat kerdil di sisi Allah.InsyaAllah masa
yang diluangkan mendapat ganjaran besar dari Allah.

1 comment:

  1. assalamualaikum wbt...
    merujuk kepada hadis yang di kemukakan, apakah yang dimaksudkan dengan ayat berikut:

    ...... Tidak berlaku gerhana
    pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. "....

    mohon penerangan

    ReplyDelete

Iqra' Asmaul Husna

Followers