Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

6/19/2011

Kasih Bapa


Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu
dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan
mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya
kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”
Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah
ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain
denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja
dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah
perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya
ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir
al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas
diriku. Semasa dia menjaga ku ketika aku kecil, dia
mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku
menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah
orang tua ini akan mati!”
(di petik dari http://saifulislam.com/4108)

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu
bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih
sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka
limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan
mengharapkan balasan, samada ganjaran di dunia
atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-
nanti kematian mereka.

*
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan
umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada
ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.”
(HR Imam Ahmad)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kehinaan bagi
sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah
seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki
syurga.” (HR Muslim)

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa
kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah,
“Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana
mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 24)

No comments:

Post a Comment

Iqra' Asmaul Husna

Followers