Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

8/28/2011

Salam 'idil Fitri


Menghidupkan Malam Hari Raya “Sesiapa menghidupkan
malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya
hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”.
(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’;
sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak,
hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan.
(Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Orang perempuan juga digalakan menghadiri
perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat,
dapat dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata :
Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada
'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita
yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya.
Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri
dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan
mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah
bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab?
Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu.
( H.R : Jama'ah)

Makan dahulu sebelum pergi solat 'idil Fitri.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah
Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan
terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga
beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah,
At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik
solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw
apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau
menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan
dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Bertakbir
Nabi S.A.W bertakbir pada 'idil fitri bermula dari keluar
dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari raya.
(HR Baihaqi)

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Taqabbalallahu minna wa minkum. (Moga Allah menerima
amalan kami dan amalan kamu).

Salam 'idil Fitri dari bbzuria@gmail.com sekeluarga.
Maaf Zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment

Iqra' Asmaul Husna

Followers