Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

6/16/2011

GERHANA BULAN PENUH PADA 16 JUN 2011


Bumi dan bulan akan membentuk bayang apabila disinari
oleh matahari. Bayang yang terbentuk adalah cukup panjang.
Bila bulan beredar mengelilingi bumi dan merentas bayang
bumi, cahaya matahari akan terhalang daripada terpancar
terus ke atas permukaan bulan. Gerhana yang terhasil adalah
gerhana bulan. Gerhana bulan hanya berlaku ketika bulan
purnama sahaja dan bukannya ketika fasa-fasa bulan yang
lain. Ini kerana pada ketika purnama bulan, bumi dan matahari
dalam keadaan segaris.

Bayang yang terhasil oleh bumi adalah empat kali lebih
panjang daripada bulan kerana perbezaan dari segi saiz
kedua-dua. Panjang fizikal bayang yang terhasil dapat
dikira dari jarak bumi dan bulan dari matahari. Oleh
kerana panjang bayang bumi adalah terlalu panjang
dan lebar maka bulan dengan senang dapat memasuki
ruang bayang bumi.

Bayang bumi yang terbentuk adalah terdiri daripada
dua bahagian iaitu Penumbra dan Umbra. Penumbra
adalah ruang bayang bahagian luar dan tidak menghalang
cahaya matahari sepenuhnya daripada jatuh ke atas
permukaan bulan, manakala ruang umbra adalah
bahagian bayang bumi yang tengah dan menghalang
terus cahaya matahari daripada sampai ke bulan.
Seperti juga gerhana matahari, gerhana bulan juga
mempunyai sifat gerhana penuh atau separa. Ianya
bergantung kepada ruang bayang yang manakah
telah dilalui oleh bulan tersebut. Gerhana separa
bulan adalah apabila hanya melalui kawasan penumbra.
Gerhana penuh bulan pula adalah apabila bulan melalui
kawasan umbra.

Matahari adalah sebagai suatu sfera yang memancarkan
cahaya ke semua arah. Selain daripada bahagian
umbra, terdapat sedikit cahaya yang terbias. Dalam ruang
tiga dimensi, umbra adalah satu kon di mana tapak kon
itu adalah bumi dan hujungnya menuju ke bulan,
manakala penumbra pula adalah kon yang terbentuk
hujungnya antara matahari dan bumi, kon itu bertapak
pada suatu jarak yang jauh.

Saiz umbra adalah bergantung kepada saiz bumi dan
jaraknya dari matahari. Sebagai satu yang menjadi
persoalan dalam meramalkan kejadian gerhana yang
berlaku, adakah bayang umbra bumi itu cukup panjang
untuk menutupi permukaan bulan.

Pada awal pagi 16 Jun 2011 , penduduk di Malaysia
berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh
sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi,
yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki
kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan
memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi.

Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula
pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak
gerhana ialah pada jam 4.12 pagi. Yang menarik
gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir
dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.


Moon enters penumbra: 16 Jun 2011 01:22:52
Moon enters umbra: 16 Jun 2011 02:22:24
Start of totality: 16 Jun 2011 03:21:57
Maximum eclipse: 16 Jun 2011 04:12:24
End of totality: 16 Jun 2011 05:02:50
Moon leaves umbra: 16 Jun 2011 06:02:22
Moon leaves penumbra: 16 Jun 2011 07:02:02

Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712

Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

No comments:

Post a Comment

Iqra' Asmaul Husna

Followers