Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

6/06/2011

Asal usul Hari Ibu


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada
tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari
yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada
hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari
samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian
orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan
tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan
mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu
kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan
miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar
jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan
memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.
Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti
oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu.
Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari
ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut
sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap
sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan
dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu,
perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan.
Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan
mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham
Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis
puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah
dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.
Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan
lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen
untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi
Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan
Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada
hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan
saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada
menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut
secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya
sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh
hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden
Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu
sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua
dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia
menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti
Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih
merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


No comments:

Post a Comment

Iqra' Asmaul Husna

Followers