Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

12/15/2009

AQIDAH ISLAM DAN PERANANNYA

Tingkah laku sosial sebahagian umat Islam ketika ini tanpa mengira kedudukan tua atau muda, berpendidikan atau tidak semacam tergambar, betapa lemahnya akidah dan keimanan mereka. Kehidupan mereka semakin kalis dengan tuntutan agama. Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa semacam kehilangan panduan. Dalam institusi pendidikan, guru-guru semacam buntu dari segi pendekatan dan dalam komuniti bernegara, pemimpin semacam kehilangan kepercayaan. Masalah sosial semakin sukar dibendung.walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan golongan remaja, tetapi hakikatnya ia berlaku tanpa mengira umur dan latar belakang . Sesetengah puncanya dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu dengan menggunakan istilah-istilah yang menarik. Contohnya istilah"perkhidmatan" digunakan dalam aktiviti maksiat,"program menjana ekonomi" dalam sedikit penipuan, istilah "strategi" dalam pendekatan menegakkan kepalsuan, istilah "beramal"untuk menghalalkan cara dan berbagai-bagai lagi.
Akidah atau tauhid mempunyai maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam'iyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengari melalui Al-Qur'an dan Al-Hadith. Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustaan khususnya dari kalangan musuh-musuh, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan syaksiah dan jati diri seseorang.

12/12/2009

Mencari Kelebihan Ilmu

Hanya dengan pancaran Nur ilmu inilah seseorang itu akan
*mendapat keselamatan dari tipu daya dan kesesatan
*mendapat bimbingan ke-arah (jalan yang lurus)
*menjejaki sempadan untuk terbang ke alam ghaib untuk mencapai puncak daerah "yang tidak
terhad"
*menikmati erti kebahagiaan yang hakiki
Anas bin Malik r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah dari Neraka, maka lihatlah para
murid ( pelajar-pelajar agama) , maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan Nya,
tiada seorang pelajar yang hilir- mudik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuk
nya. Bagi tiap-tiap huruf yang dipelajarinya dan tiap-tiap langkah sama dengan ibadat 1
tahun, dan untuk tiap langkah 1 kota di syurga, dan setiap dia berjalan di mintakan ampun
oleh bumi, dan setiap pagi dan petang di ampunkan dosanya, dan di saksikan oleh
malaikat bahkan mereka berkata: mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api
Neraka.

Iqra' Asmaul Husna

Followers