Jom Dengar Muzik!!!!!!!!!!!!

11/03/2009

Al-Quran Menjana Kecemerlangan Hidup

Al- Quran Panduan Hidup Mukmin

Al-Quran adalah kitab terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibrail as. Ia menjadi panduan hidup kepada umat manusia sehingga hari Kiamat. Al-Quran adalah panduan hidup yang lengkap merangkumi hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia. Al-Quran juga memandu manusia cara membentuk peribadi dan masyarakat. Orang yang mengamalkan ajaran al-Quran dijamin keselamatan dan kejayaan hidup mereka di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran.Semoga usaha kita ini akan dikurniakan hidayah oleh Allah SWT dan menjadi orang yang bertakwa.

Maksud Takwa ialah mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mukmin bertakwa sentiasa melakukan perkara yang dituntut oleh syarak.Mereka melakukan perkara yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Mukmin bertakwa sentiasa melakukan perkara yang diredhai Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Firman Allah SWT Surah Al-A'raf ayat 96 bermaksud:

Dan ( tuhan berfirman lagi) sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan ) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan ( Rasul kami ), lalu kami ditimpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Ciri-ciri mukmin bertakwa:

Ayat 1 - 5 surah al-Baqarah menggariskan beberapa ciri mukmin bertakwa:

- Beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran
- Beriman dengan Hari Akhirat
- Beriman dengan perkara ghaib
- Menunaikan solat lima waktu
- Beriman kepada kitab-kitab asal yang diturunkan kepada Rasul-Rasul terdahulu yang
tidak di ubah.
- Membelanjakan sebahagian rezeki ke jalan Allah.

Mari ikuti Kisah gembala kambing yang bertakwa:

Saidina Umar al-khattab ra seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang rakyatnya. Pada suatu hari beliau berjalan di pinggir kota. Beliau terdengar seorang budak bersyair memuji Allah di bawah sepohon pokok di samping kambing gembalaannya. Saidina Umar meminta budak itu menjual kambing tersebut kepadanya. Budak itu menjawab, " Kambing ini bukan melik saya, saya hanya pengembala." Umar menawarkan kepada budak itu dengan harga yang mahal. Budak itu menjawab, " tidak boleh tuan, kambing ini bukan milik saya." Umar berkata, " Tuan kamu tidak akan tahu." Budak itu menjawab, " Tuan mesti ingat bahawa Allah mengetahui dan melihat perbuatan kita." Kemudian Umar berkata, " Sungguh jujur hatimu." Akhirnya Umar memerdekakan budak tersebut daripada tuannya.

Kelebihan orang yang bertakwa:

1. Dikasihi dan diredhai oleh Allah SWT
2. Beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat
3. Menjadi orang yang berilmu dan beramal
4. Menjadi pemimpin yang berjaya dan berwawasan
5. Melahirkan ahli perniagaan yang berdaya saing
6. sentiasa redha serta tabah menghadapi ujian hidup
7. tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan unsur-unsur negatif yang boleh
melemahkan iman dan menghancurkan kehidupan

Sebagai seorang pelajar, sewajarnya bercita-cita untuk menjadi mukmin yang bertakwa. Takwa mendorong kita berusaha untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Antaranya:

1. Rajin mengulang kaji pelajaran
2. Sentiasa menunaikan solat pada waktunya
3. membaca dan memahami al-Quran
4. berakhlak mulia
5. meninggalkan perbuatan yang boleh mendorong kita melakukan maksiat dan perbuatan
keji
6. bersifat jati diri dan berdaya saing

Adab membaca al-Quran:
1. Berwuduk
2. Menutup aurat
3. Membaca tauz( auzubillah )
4. meletakkan al-Quran di tempat yang sesuai

11/02/2009

Iqra' Asmaul Husna

Followers